Yayasan Naaimah ditubuhkan untuk membantu mereka yang memerlukan dan diutamakan kepada orang yang beragama Islam.
Cogan Kata Yayasan Naaimah adalah “Saham Akhirat Anda”
PENGENALAN
14 November 2018 tarikh penubuhan sebuah Yayasan dibawah nama Yayasan Naaimah yang dipengerusikan oleh Puan Hajjah Naaimah binti Abdullah. Terletak di Dewan Wan Minah, Tingkat 5, Wisma Q Titiwangsa, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur.
TUJUAN PENUBUHAN
Penubuhan yayasan ini adalah bagi menggalakan aktiviti kebajikan melalui derma dan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian, dana, zakat, bantuan kewangan kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan.
JENIS BANTUAN / PINJAMAN YAYASAN NAAIMAH
– Bantuan/Pinjaman Pendidikan Tinggi
– Bantuan Pembiayaan Masjid
– Bantuan/Pinjaman untuk Perubatan
– Bantuan/Pinjaman Permulaan Perniagaan
– Bantuan Pakej Haji & Umrah
Lain-lain yang difikirkan layak/khairat kematian



Aktiviti




Bencana banjir terburuk melanda beberapa kawasan di Malaysia pada 18 Disember lalu yang mengakibatkan kemusnahan harta benda serta meragut nyawa penduduk, terpahat sebagai sejarah memilukan tahun 2021. Oleh yang demikian, Kami dari Yayayasan Naaimah turut memberikan bantuan kepada beberapa mangsa banjir yang bertempat di sekitar Hulu Langat, Selangor.